Sebab untuk berfursuit Fursuit

Peminat furry yang memiliki fursuit menikmati memakainya untuk perarakan, pameran, konvensyen dan perjumpaan tidak formal. Kerap, sut ini menggambarkan watak peribadi dan digunakan dalam suatu bentuk main peranan, atau untuk mengungkapkan keperibadian sebenar pemiliknya. Sesetengah fursuiter atau pemakai fursuit tidak bercakap semasa berkostum untuk "mengekalkan keajaiban" - bagi yang bercakap, ramai yang menggunakan kostum dengan rahang boleh gerak.Templat:Atau

Sesetengah pemain permainan main peranan aksi langsung (LARP) mencipta kostum terperinci, termasuk fursuit untuk wataknya. Pemain boleh memakai sut separuh atau sut lengkap, bergantung pada keperluan watak.[12] Senjata dan perisai boleh dipakai dan digunakan oleh pemain; tetapi setiap konvensyen atau perjumpaan memerlukan peraturan sendiri tentang senjata di lantai konvensyen.[13] Ini adalah serupa dengan cosplay, kecuali cosplay berfokus pada watak daripada media popular, dengan penegasan terhadap budaya pop Jepun seperti manga, anime, dan permainan video.[2]

Sesetengah peminat furry berfursuit untuk kerja atau untuk mencari perhatian kepada acara atau amal jariah. Ini boleh termasuk maskot di permainan besbol dan yang sepertinya; tetapi bukan semua maskot merupakan peminhat furry, atau kebanyakan maskot fursuiter. Ramai yang diupah melalui agensi untuk mewakili suatu watak, sementara yang lain pula membawa binaan sendiri kepada suatu acara.[4] Ada juga beberapa kumpulan sukarelawan fursuiting di serata Amerika Utara yang sama ada meminta atau diminta untuk menghibur di pelbagai fungsi sosial. Sesetengah kumpulan pula mendirikan acara amal sendiri atau membuat persembahan di jalanan kepada orang yang lalu-lalang.[14] Satu lagi sebab adalah untuk keluar saja-saja untuk keseronokan dan berjalan-jalan dengan memakai sut. Sesetengah peminat furry mempercayai mereka terhubung dengan haiwan yang diserupai oleh sut mereka dan untuk mendekatkan diri dengan haiwan tersebut mereka memakai sut mereka dan berlakon sebagai watak tersebut untuk hiburan.Templat:Atau